Susahnya nak tulis blog!
Anyway, Abang Dol atau Mazidul Akmal Sidik berjaya memaksa Lyn menulis blog, setelah sekian lama.
Walaupun secara jujur, Lyn tidak minat langsung menulis! Hahahahaah.
Ikuti luahan Selendang Puteh, insan disebalik wartawan dan juga pengacara Program Jenayah, 999.
Ini pengalaman Lyn sewaktu membuat liputan 999 bersama polis dalam operasi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin di Kampung Suang Parai di Kota Kinabalu, Sabah.
Sorry! Lyn tidak berniat untuk kongsikan skrip 999 disini.
Sekadar berkongsi satu dua pengalaman terpaksa berkorban demi menjalankan tugas.
"Aku ke ni?" Bila melihat semula gambar Lyn dirakamkan Abang Dol.
Sampai sahaja di Balai, Lyn disapa dengan soalan ini.
"Cik Lyn, tempat kita nak pergi ni, teruk sikit tau. Tadi pun hujan. Mungkin lecak lah. Cik Lyn tunggu di Balai je ke? " Tanya salah seorang anggota.
Langsung Lyn tidak berkecil hati dengan persoalan itu malah sempat Lyn meninggalkan senyuman.
Lariiiiiiii! Lyn masuk ke dalam Black Maria, lori polis. Takut rambut yang sudah diiron terkena hujan. Hahaha!
Menjadi lumrah jika seorang gadis ingin tampak cantik walaupun hakikatnya dia taklah selawa mana.
Amin, ada masking tape tak? Ada. Pertanyaan lyn lantas dijawab jurukamera Tv3.
Thanks, Amin.
Rasa selesa apabila kelihatan begini.
Itu satu.
Dua.
Kasut Lyn ni, dahulunya, pernah merasa air jernih di Gopeng Resort ketika menyertai Program Realiti Gadis Melayu 2 anjuran TV9, kini...
Tiga.
Tidak semua orang mampu berjalan diatas titi kecil, tidak berapa kukuh dan licin pulak tu dalam keadaan gelap gelita.
Jika bernasib baik, mungkin akan disambut dek ular. Nauzubillah!
Tapi kalau tidak bersama 999, sampai ke tua, Lyn akan beranggapan, menjadi wartawan penyiaran bukanlah apa sangat.
Begitu juga persepsi Lyn terhadap penulisan di Blog.
Blogger ni, takde kerja ke? Ke terlalu banyak masa terluang? Pandangan negatif Lyn.
Usah cepat menilai jika kita tidak pernah melaluinya.
hye Kak Lyn
ReplyDeleteseronok tgk kak Lyn di kaca TV
teruskan menulis agar dapat berkongsi pengalaman bersama kami....
Jgn Biarkan selendang putih sepi ditiup badai..
good Luck =)
Tahniah Selendang Putih....
ReplyDeletesalam lyn..teruskan menulis,awak orang muda banyak cerita n pengalaman yg boleh dikongsi,makcik yg dah pencen ni pun suka berblog,teruskan agar kami dapat baca cerita2 lyn sama dengan cik lin.
ReplyDeleteteruskan menulis demi kebenaran dan keadilan.
ReplyDeleteSalam juga drp saya.. semoga anda terus berjaya didalam bidang yang diceburi tahniah.
ReplyDeleteAskm Lyn,
ReplyDeleteKak Seha suka tengok Lyn d layar TV.Gaya yg bersahaja,penuh keyakinan orgnya pun manis menawan.
Teruskan berblog cerita apa saja utk d kongsi bersama.
Biarkan Selendang Putih itu terus berkibar,agar semangat tuannya tidak padam
Salam Kenal ... melompat dari Blog Mazidul. Nice Blog ... terus menulis yer :)
ReplyDeletesalam perkenalan.
ReplyDeletedapat tau blog ni melalui blog abg mazidul. Teruskan berkarya dan dapat berkongsi pengalaman di balik tabir untuk tatapan dalam blog ni. Good luck to you.
Tahniah, satu usaha yang bagus. Bahan yang di kongsi di blog ini bisa membawa banyak pengajaran dari pengalaman yang di timba dek penulis blog.
ReplyDeleteapa la orang iron baju, dia iron rambut.hehe
ReplyDeleteai...satu jer?update lagi laa....hehehhe
ReplyDeleteHai Lynn,
ReplyDeleteSeronoknya ada kerjaya macam Lynn..itulah kenapa dang dulu tak pilih profesyen ni ya?