Sunday, May 29, 2011

kiri mana? kanan mana....?!

"Kiri mana, kanan mana...?!'

Itulah yang sering berlaku bila aku memandu. Ramai antara kawan, yang memang sedia maklum, aku seorang BUTA JALAN!

Masalah ni bukan baru, sejak kecil.

"Hazlin, awak ikut je apa yang cikgu tulis kat buku ni."

Hasilnya, huruf L, M, B, P, D semua terbalik. Macam letak cermin.

Bila dah besar sikit, baru aku tahu, aku ada simptom dyslexia.

Ianya bukan penyakit tapi kesukaran membaca, mengira, mengeja, kefahaman dan mungkin masa lahir tak cukup bulan, kepayahan sewaktu dilahirkan atau keturunan.

Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Selalunya, masalah ini dihadapi kanak- kanak lelaki.


Tapi aku pun tak pernah jumpa doktor untuk mengesahkan aku ini seorang dyslexia.

Dyslexia ni banyak juga jenis- jenisnya. Ada yang tak pandai mengira, tapi aku expert bab- bab kira ni, walaupun aku tak berkira. Ngahahahah.

Aku pun lebih suka mendengar dari membaca. Itu juga satu daripada simptom dyslexia.

Tapi apa yang menyedihkan aku sampai sekarang, aku tak boleh ingat jalan. Kalau tiba- tiba jalan yang selalu aku lalu, ditutup, ALLLAAAHHHHUAKBAR! Aku tengok 3 benda. handphone untuk menghubungi kawan, cash money untuk tol atau baki duit Smart tag dan petrol!

Ada juga kawan yang cadangkan guna GPS. Dah guna tapi amat menduka citakan sebab Guna Pon Sosat (GPS)!

Sebab dalam GPS pun, bagi arah kiri dan kanan. Mahu aku tak bercakap sorang- sorang. Left mana? Right mana? hahahahhaha....

Lagi satu aku payah untuk menghafal muka orang, apatah lagi warna baju yang dipakai. Lalu lah berapa kali depan aku, susah untuk aku ingat dan kat mana aku pernah jumpa dia.

Tak hairanlah kalau ramai yang kata aku sombong.

Apa pun, Dyslexia ni boleh dirawat tapi sukar untuk dipulihkan sepenuhnya.

Buktinya, aku dah tak tulis terbalik. Alhamdulillah.

HEI... ini entry Lyn ketiga la! :)

Wednesday, January 26, 2011

" Sudah buka, kena bayarlah! "

Jam 8.32 malam tadi, aku ke Sg. Wang, Kuala Lumpur mencari benang dan jarum untuk tujuan belajar mengait (knitting).


Mungkin ramai tidak tahu, semenjak umur aku 10 tahun, aku sudah mula pandai mengait teknik silang pangkah (cross- stitch). 

Kalau awal mengait dahulu, karakter kartun fido- dido, garfield gambar kebiasaan dibuat, menjelang awal remaja, lukisan buah- buahan dan pemandangan mula dihasilkan.

Sekarang aku mula mencari potret untuk projek seterusnya.

Berbalik ke topik asal, pertama kali melangkah ke kedai di Tingkat 1 di Plaza itu, masing- masing sibuk belajar menjahit.

" Ya, mau cari apa? " Sapa gadis cina berusia lingkungan lewat 20-an.

" Saya nak jahit selimut, tapi tak tahu bahan apa yang nak kena guna. " Jawabku ringkas.

'' Takpa, you beli benang nanti I tolong ajarkan. '' Gelagat dia tergesa- gesa sambil tangan masih laju mengait.



Selesai memilih benang, dia mula mengajar. Laaaajuuuu betul...! Lagaknya kurang mesra.

Nasib baik siang tadi ada juga aku belajar asas knitting di YouTube.  Cepatlah tangkap sikit dekat kepala.

Selesai belajar...

Ok! benang satu RM12.90 kali 5, jarum RM79.90, lagi mau apa?  Tanya gadis cina itu.

" Haaaa!!! Jarum RM79.90? Tak payahlah. Bagi saya yang biasa punya. "

" Haiyaa... tak boleh lah... sudah bukak, mau ajar you tadi. Kena bayarla. " Tinggi sikit suara amoi ni.

Kepala otak dia. Detik hati aku. Bukan ke mula- mula tadi dia cakap, beli benang nanti dia akan ajar?

Mula rasa tertipu, aku pun guna vokal tinggi sikit dan mula melontarkannya seiring dengan rasa sakit hati. "

" I takda duit! You tak cakap awal- awal. Mana saya tau? Next time, You kena bagitau dahulu pada customer, supaya customer tak TERTIPU! " Betul tak?

Dia membalas. Suka hati You la! (marah nampak...? CUSTOMER ALWAYS RIGHT... :)

Aku hanya bayar apa yang aku perlu sahaja dan berlalu pergi.

Macam- macam sekarang ni...



Monday, January 17, 2011

Rasa dulu PEDASNYA, baru tahu berapa banyak CILI di dalamnya...

Susahnya nak tulis blog!

Anyway, Abang Dol atau Mazidul Akmal Sidik berjaya memaksa Lyn menulis blog, setelah sekian lama.

Walaupun secara jujur, Lyn tidak minat langsung menulis! Hahahahaah.

Ikuti luahan Selendang Puteh, insan disebalik wartawan dan juga pengacara Program Jenayah, 999.

Ini pengalaman Lyn sewaktu membuat liputan 999 bersama polis dalam operasi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin di Kampung Suang Parai di Kota Kinabalu, Sabah.

Sorry! Lyn tidak berniat untuk kongsikan skrip 999 disini.

Sekadar berkongsi satu dua pengalaman terpaksa berkorban demi menjalankan tugas.

"Aku ke ni?" Bila melihat semula gambar Lyn dirakamkan Abang Dol.

Sampai sahaja di Balai, Lyn disapa dengan soalan ini.

"Cik Lyn, tempat kita nak pergi ni, teruk sikit tau. Tadi pun hujan. Mungkin lecak lah. Cik Lyn tunggu di Balai je ke? " Tanya salah seorang anggota.

Langsung Lyn tidak berkecil hati dengan persoalan itu malah sempat Lyn meninggalkan senyuman.

Lariiiiiiii! Lyn masuk ke dalam Black Maria, lori polis. Takut rambut yang sudah diiron terkena hujan. Hahaha!


Menjadi lumrah jika seorang gadis ingin tampak cantik walaupun hakikatnya dia taklah selawa mana.

Amin, ada masking tape tak? Ada. Pertanyaan lyn lantas dijawab jurukamera Tv3.

Thanks, Amin.

Rasa selesa apabila kelihatan begini.


Itu satu.

Dua.

Kasut Lyn ni, dahulunya, pernah merasa air jernih di Gopeng Resort ketika menyertai Program Realiti Gadis Melayu 2 anjuran TV9, kini...


Tiga.

Tidak semua orang mampu berjalan diatas titi kecil, tidak berapa kukuh dan licin pulak tu dalam keadaan gelap gelita.


Jika bernasib baik, mungkin akan disambut dek ular. Nauzubillah!

Tapi kalau tidak bersama 999, sampai ke tua, Lyn akan beranggapan, menjadi wartawan penyiaran bukanlah apa sangat.

Begitu juga persepsi Lyn terhadap penulisan di Blog.

Blogger ni, takde kerja ke? Ke terlalu banyak masa terluang? Pandangan negatif Lyn.

Usah cepat menilai jika kita tidak pernah melaluinya.