Sunday, May 29, 2011

kiri mana? kanan mana....?!

"Kiri mana, kanan mana...?!'

Itulah yang sering berlaku bila aku memandu. Ramai antara kawan, yang memang sedia maklum, aku seorang BUTA JALAN!

Masalah ni bukan baru, sejak kecil.

"Hazlin, awak ikut je apa yang cikgu tulis kat buku ni."

Hasilnya, huruf L, M, B, P, D semua terbalik. Macam letak cermin.

Bila dah besar sikit, baru aku tahu, aku ada simptom dyslexia.

Ianya bukan penyakit tapi kesukaran membaca, mengira, mengeja, kefahaman dan mungkin masa lahir tak cukup bulan, kepayahan sewaktu dilahirkan atau keturunan.

Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Selalunya, masalah ini dihadapi kanak- kanak lelaki.


Tapi aku pun tak pernah jumpa doktor untuk mengesahkan aku ini seorang dyslexia.

Dyslexia ni banyak juga jenis- jenisnya. Ada yang tak pandai mengira, tapi aku expert bab- bab kira ni, walaupun aku tak berkira. Ngahahahah.

Aku pun lebih suka mendengar dari membaca. Itu juga satu daripada simptom dyslexia.

Tapi apa yang menyedihkan aku sampai sekarang, aku tak boleh ingat jalan. Kalau tiba- tiba jalan yang selalu aku lalu, ditutup, ALLLAAAHHHHUAKBAR! Aku tengok 3 benda. handphone untuk menghubungi kawan, cash money untuk tol atau baki duit Smart tag dan petrol!

Ada juga kawan yang cadangkan guna GPS. Dah guna tapi amat menduka citakan sebab Guna Pon Sosat (GPS)!

Sebab dalam GPS pun, bagi arah kiri dan kanan. Mahu aku tak bercakap sorang- sorang. Left mana? Right mana? hahahahhaha....

Lagi satu aku payah untuk menghafal muka orang, apatah lagi warna baju yang dipakai. Lalu lah berapa kali depan aku, susah untuk aku ingat dan kat mana aku pernah jumpa dia.

Tak hairanlah kalau ramai yang kata aku sombong.

Apa pun, Dyslexia ni boleh dirawat tapi sukar untuk dipulihkan sepenuhnya.

Buktinya, aku dah tak tulis terbalik. Alhamdulillah.

HEI... ini entry Lyn ketiga la! :)

2 comments:

  1. tak per lah..mungkin suatu hari nanti boleh sembuh..jaga2 sikit..kalau macam nie org tak pyh pukau dah boleh mintak duit lyn..

    ReplyDelete
  2. Hahaha... kelakar cerita Lyn nih. Apa2 pun tahniah sbb berjaya pulih dari simptom tu, walaupun sedikit tapi tetap satu kejayaan. Good luck.

    PadangDiLalang

    ReplyDelete