Wednesday, January 26, 2011

" Sudah buka, kena bayarlah! "

Jam 8.32 malam tadi, aku ke Sg. Wang, Kuala Lumpur mencari benang dan jarum untuk tujuan belajar mengait (knitting).


Mungkin ramai tidak tahu, semenjak umur aku 10 tahun, aku sudah mula pandai mengait teknik silang pangkah (cross- stitch). 

Kalau awal mengait dahulu, karakter kartun fido- dido, garfield gambar kebiasaan dibuat, menjelang awal remaja, lukisan buah- buahan dan pemandangan mula dihasilkan.

Sekarang aku mula mencari potret untuk projek seterusnya.

Berbalik ke topik asal, pertama kali melangkah ke kedai di Tingkat 1 di Plaza itu, masing- masing sibuk belajar menjahit.

" Ya, mau cari apa? " Sapa gadis cina berusia lingkungan lewat 20-an.

" Saya nak jahit selimut, tapi tak tahu bahan apa yang nak kena guna. " Jawabku ringkas.

'' Takpa, you beli benang nanti I tolong ajarkan. '' Gelagat dia tergesa- gesa sambil tangan masih laju mengait.



Selesai memilih benang, dia mula mengajar. Laaaajuuuu betul...! Lagaknya kurang mesra.

Nasib baik siang tadi ada juga aku belajar asas knitting di YouTube.  Cepatlah tangkap sikit dekat kepala.

Selesai belajar...

Ok! benang satu RM12.90 kali 5, jarum RM79.90, lagi mau apa?  Tanya gadis cina itu.

" Haaaa!!! Jarum RM79.90? Tak payahlah. Bagi saya yang biasa punya. "

" Haiyaa... tak boleh lah... sudah bukak, mau ajar you tadi. Kena bayarla. " Tinggi sikit suara amoi ni.

Kepala otak dia. Detik hati aku. Bukan ke mula- mula tadi dia cakap, beli benang nanti dia akan ajar?

Mula rasa tertipu, aku pun guna vokal tinggi sikit dan mula melontarkannya seiring dengan rasa sakit hati. "

" I takda duit! You tak cakap awal- awal. Mana saya tau? Next time, You kena bagitau dahulu pada customer, supaya customer tak TERTIPU! " Betul tak?

Dia membalas. Suka hati You la! (marah nampak...? CUSTOMER ALWAYS RIGHT... :)

Aku hanya bayar apa yang aku perlu sahaja dan berlalu pergi.

Macam- macam sekarang ni...



12 comments:

  1. betul..
    itu yg selalu 'ter'kena...

    tak sopan langsung..

    ReplyDelete
  2. Lain macam bunyi tajuk ni... he he he he Apapun bagus buat tindakan begitu, bayar mana yang perlu. :)

    ReplyDelete
  3. skrg ni kena berhati-hati kerana ramai org suka tipu sebab nak untung lebih.nasib baik amoi, kalau melayu tadi..tak tahu lah agaknya macam mana

    saya tumpang geram.

    ReplyDelete
  4. napa tak ckp kat dia masuk buku 555 kalu nak sgt..;-)

    ReplyDelete
  5. heheheeheh taktik derang la tuh but i puji la u berani....but org perempuan mmg ada bakat semulajadi kalo bab2 cam ni...hehhe

    ReplyDelete
  6. yeah...gud job.xyh byr utk ap yg kite xnk


    p/s: suka tngk 999...sbb pngacaranya :D

    ReplyDelete
  7. Yes..fight for your right....pertahankan hak sebagai pengguna...:)

    ReplyDelete
  8. Taktik perniagaan..
    Kawan cina (non-muslim) aku cakap, talak tipu, talak untung owh... mana tau halal haram depa nih..

    ReplyDelete
  9. perniagaan depa ni mana fikir halal haram.. Tu yang sanggup menipu..

    ReplyDelete
  10. haha..boleh plak camtuh amoi tuh...padan muka dia, sib baik awk berani..klo jenis malas nak layan sgt trus ikut kate amoi tuh, itu yang dorang ni naik lemak...

    ReplyDelete
  11. Cik Hazlin dah ada blog!! Yippie!! Tapi kenapa macam dah berkurun lamanya last post?

    ReplyDelete